Friday, 12 August 2011

Bersalin di Hospital Pakar Al-Islam


Alhamdulillah... Aku dah selamat melahirkan anak kedua di Hospital Pakar Al-Islam sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0 yg lalu. Hospital ni terletak betul2 di hadapan salah satu tempat berkumpul org2 Bersih itu. Nasib baik aku tak bersalin ketika Perhimpunan Bersih tu berlangsung. Payah juga nak ke hospital dengan jalan2 sekitar KL ditutup.

Dalam posting kali ni, aku akan berkongsi serba sedikit pengalaman aku bersalin di Hospital Pakar Al-Islam. Bagi menyambut kelahiran anak kedua ini, aku mengambil Pakej Bersalin Normal yang bernilai RM1.3k.



Antara tujuan melahirkan di hospital swasta adalah kerana kami sekeluarga sudah merancang untuk menyimpan darah tali pusat anak kedua kami. Perkhidmatan
menyimpan sel stem tali pusat yg kami pilih adalah Stemlife. Menurut pegawai Stemlife yg menguruskan sel stem anak kami, buat masa ini hospital kerajaan tidak membenarkan prosedur pengambilan sel stem tali pusat sewaktu bersalin. Keadaan mungkin berbeza pada masa hadapan, dan akan lebih mudah untuk setiap keluarga menyimpan darah tali pusat bayi masing2.



Berbalik kepada pengalaman bersalin. Ada beberapa perkara yg aku kira penting untuk keselesaanku yg bakal menimang anak (selain bajet - perkara terpenting!). Senarai keselesaan ini berdasarkan pengalaman pertamaku bersalin di salah sebuah hospital kerajaan.


1) Kemesraan staf

Doktor dan staf-staf wad bersalin memang mesra. Seorang staf - Kak Khairul, sangat2 membantuku sepanjang proses bersalin. Sejak masuk ke wad, dia yg melakukan CTG dan pemeriksaan vagina. Di bilik bersalin, Kak Khairul dan seorang lagi bernama Emy memberi 'berbakul-bakul' kata semangat untuk aku tenang dan bersemangat sepanjang sakit kontraksi dan seterusnya meneran. Kiranya, kemesraan staf membuatkan aku dan suami rasa kurang tertekan di saat-saat genting melahirkan anak. Dan selepas letih bersalin, Kak Khairul membancuhkan secawan Vico dan memberiku sekeping roti untuk mengembalikan tenaga yg telah diperah semahu-mahunya tadi.


2) Waktu melawat

Waktu melawat yg sangaaaat panjang - jam 10 pg hingga ke 10 mlm. Aku melahirkan selepas waktu Zuhur, jadi dapatlah aku bertemu dengan mertua dan keluarga hingga ke malam hari. Bertemu dengan kaum keluarga memang sangat2 memulihkan emosi seorang ibu yg baru sahaja selamat bertarung nyawa. Berbeza sewaktu kelahiran anak pertama, yg pada ketika itu dimasukkan ke wad hampir tengah malam. Sangat2 terseksa menjadi seperti 'tahanan', disindir sinis oleh guard kerana suami ber'degil' untuk pulang kerana membantuku sebentar untuk ke tandas. Rasa tak sabar2 untuk keluar dari wad esok. :(

Namun, disebabkan tiada had umur untuk pelawat, jadi keadaan wad sedikit bising dengan kehadiran pelawat kanak-kanak. Ketika aku sedang sakit di bilik bersalin, kedengaran suara kanak-kanak seusia anakku yg sulung menangis tak henti-henti. Terasa konsentrasi sedikit terganggu sebab tiba-tiba teringat anak sulungku di rumah.


3) Keselesaan fasiliti

Oleh kerana aku dah merasa duduk wad ala-ala dorm, kali ini aku duduk di wad berempat. Walaupun open ward, tapi masih ada privasi untuk setiap pesakit sebab ada langsir membahagi setiap ruang katil pesakit. Katilku di tepi tingkap menghadap KLCC, dan berpenghawa dingin. Tandas sangat dekat, hanya beberapa tapak dari katil, dan disediakan mandian air panas.

Katil bersalin di wad bersalin pula ada tiang untuk 'memacak'kan kaki ketika dalam posisi untuk bersalin. Jadi tak perlulah kita memegang kaki, dan kalau terangkat kaki boleh menyebabkan luka perineum terlebih besar dari saiz biasa. Ouuchh..!

Nurseri bayi juga disediakan. Setelah penat bersalin, segala urusan bayi diuruskan. Yay!! Bayi diserahkan ketika waktu menyusu badan. Namun, oleh kerana hospital ini bukan hospital rakan bayi, staf perlu diberitahu jika mahu menyusukan bayi sepenuhnya. Anakku dah pun disusu botolkan ketika aku berada di bilik mandi. Huhu..


4) Terapi Al-Quran, Zikir dan Doa

Suasana di wad dan ruang bersalin terasa sangat tenang dan damai kerana ayat suci Al-Quran sentiasa diputarkan - aku kira 24 jam tanpa henti! Dengan terapi Al-Quran begini sangat memberi ketenangan dalam hati seorang ibu yang sedang mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan seorang insan.

Sewaktu dimasukkan ke wad, saya diberikan senaskhah Al-Mathurat. Sementara menunggu masa untuk diperiksa, sempatlah saya membaca zikir yang terkandung dalam naskhah bersaiz poket itu. Apabila dimasukkan ke bilik bersalin pula, bidan memberikan sehelai kertas yang terkandung zikir dan doa untuk mengurangkan kesakitan ibu yang akan melahirkan.

Secara keseluruhannya, proses bersalin saya lebih tenang berbanding dengan kelahiran pertama dahulu yang penuh dengan stress kerana cemas (dan mungkin kurang berzikir).



5) Extra

- Setiap pesakit mendapat set mandian - berus gigi, ubat gigi, bedak, sabun, dan tuala. Jika tiba-tiba sakit hendak bersalin dan datang ke hospital sehelai sepinggang pun tak mengapa.

- Epidural sebagai penahan sakit paling efektif disediakan jika mahu. Cuma tambah sekitar RM 700 - RM 800 sahaja. Namun, aku dan suami sepakat untuk bertahan dan merasai 'nikmat' sakit bersalin sepenuhnya. Huhu..

- Hari kedua selepas bersalin, lampu panas dihalakan ke arah vagina selama 15 minit untuk mempercepatkan pengeringan luka perineum.

- Luka perineum yg TAK SAKIT. Aku boleh duduk seperti biasa, tak perlu duduk senget sebelah sampai 2 minggu seperti sebelum ini.

- Doktor O&G yg terlatih untuk menjalankan prosedur memotong dan menyimpan tali pusat ke dalam Stemlife Cord Blood Collection Kit sebelum dikutip oleh pegawai Stemlife.

- Dapat 'Sijil Bersalin' yg ada cap tapak kaki bayi dan cap jari ibu ayah di sebelahnya. Bolehlah dibuat kenang-kenangan betapa comelnya saiz tapak kaki anak sewaktu dilahirkan. :)


Sijil Selamat Bersalin dari Hospital Al-Pakar Al-Islam



Alhamdulillah pengalaman bersalin kali ini lebih tenang dan mudah. Untuk ibu-ibu yg bakal menimang cahayamata, didoakan semoga semuanya selamat dan menjadi pengalaman yg indah buat kalian.

14 comments:

  1. cambest je ade lampu pns tu...

    ReplyDelete
  2. aku rasa kalau bersalin kat swasta mmg ada la lampu panas tu.. pengalaman makcik aku bersalin 19 thn dlu pun sama, dia bersalin kat swasta jgk.. ada lampu panas tu.. yg lagi best, 3 kali tu..

    ReplyDelete
  3. ko kali ni x koyak smpai dubur kan? best kan lps jek branak leh duduk dgn selesa...aku dulu siap laju je jln ke bilik air etc...smpai kne tegur dgn mak+mertua

    ReplyDelete
  4. tumpang tanya, jahitan dia kemas tak? risau juga kalau sakit lama di bhg bawah tu.

    ReplyDelete
  5. hye nadiya.. alhamdulillah jahitannya ok n kemas.. sy tak rasa sakit pun slps bersalin, bleh duduk, turun katil dgn senang..sejak hari pertama, tak ada rasa pedih atau ngilu kat bhgn jahitan tu.. nadiya nk bersalin kat hosp al islam jgk ke?

    ReplyDelete
  6. assalam, i plan bersalin di al-islam juga...lagi excited sebab terbaca blog u ni...sgt menarik tulisan u...cuma i nak tanya during deliver tu, doc yg sambut atau bidan yer? if doc...please bgtau nama..thank you dear:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amy Adriana,

      Maaf saya baru terperasan komen awk.

      Sebelum bersalin, seorang bidan - Khairun namanya kalau tak silap ingatan, sentiasa monitor keadaan saya. Dan apabila hampir waktu bersalin, mmg dah nak terkeluar sangat baby saya masa tu, doktor cepat-cepat dipanggil untuk menyambut bayi.

      Yg sambut bayi saya Dr Norlida kalau tak silap. Salah satu doktor yg sama sepanjang check-up di Hosp Al-Islam.

      Amy, selamat melahirkan. InsyaAllah bersalin sangat tenang dan mudah di hospital ini. Tenang sangat, sepanjang masa dengar bacaan Al-Quran.

      Delete
  7. salam kak, nak tanya. yang simpan tali pusat ke dalam Stemlife Cord Blood Collection Kit tu harga lain ke? masuk pakej yg disediakan @ x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azizah. Maaf sangat2 atas kelewatan memberi respon. Blog saya ni mmg bersawang sbb bizi dgn biz dan anak2. Huhu. Menjawab pertanyaan berkenaan stemcell tu, harga adalah berbeza tiada kena mengena dengan pakej hospital. Simpanan stemcell adalah diuruskan oleh entiti lain iaitu dlm kes sy ni Stemlife. Jika Azizah masih belum bersalin dan berminat, boleh emel saya atau pm fb sy Nuraliyah Mn. Sy boleh perkenalkan kepada pegawai Stemlife tersebut. :)

      Delete
    2. Salam Azizah. Maaf sangat2 atas kelewatan memberi respon. Blog saya ni mmg bersawang sbb bizi dgn biz dan anak2. Huhu. Menjawab pertanyaan berkenaan stemcell tu, harga adalah berbeza tiada kena mengena dengan pakej hospital. Simpanan stemcell adalah diuruskan oleh entiti lain iaitu dlm kes sy ni Stemlife. Jika Azizah masih belum bersalin dan berminat, boleh emel saya atau pm fb sy Nuraliyah Mn. Sy boleh perkenalkan kepada pegawai Stemlife tersebut. :)

      Delete
  8. Assalam akak...boleh saya tahu berapa kali pemeriksaan yg wajib kena hadir sebelum deliver? Dan merternity check up termasuk dalam pakej jgk ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Sis, sorrylah sy pun dah tak ingat sbb dah beberapa tahun sudah. Hehe. Tp x silap ingatan sy, 2@3 kali sudah memadai. Meternity checkup lain harga dr pakej bersalin. Masa itu lbih rm100 per visit. Sis boleh call terus hosp al islam utk harga terkini.

      Delete
    2. Wsalam Sis, sorrylah sy pun dah tak ingat sbb dah beberapa tahun sudah. Hehe. Tp x silap ingatan sy, 2@3 kali sudah memadai. Meternity checkup lain harga dr pakej bersalin. Masa itu lbih rm100 per visit. Sis boleh call terus hosp al islam utk harga terkini.

      Delete
  9. salam sis... saya pun bakal bersalin di al islam insyaAllah..nak tanya la..yg stem life tu untuk apa ya?? dia amek tali pusat baby ke? pastu dia buat apa?

    ReplyDelete