Monday, 15 October 2012

Gugu Swaddle Pod - Bedung Bayi Berzip Koleksi Terbaru!

Assalamualaikum semua,

Gugu Swaddle Pod Koleksi Oktober'12 sudah tiba di Kedai Mama And Kids!
Koleksi kali ni semuanya warna plain, tetapi mengancam. ;D

Ada tujuh warna pilihan yang sangat menepati citarasa ibu bapa yang melihat dan membeli dan si manja yang memakai...
  • Soft blue
  • Light blue
  • Purple
  • Pink Bandung
  • Royal Blue
  • Turquoise

Mari-mari cuci mata tengok bedung berzip yang berwarna-warni!

Gugu Swaddle Pod Koleksi Oktober '12. 

"Saya dibedung dengan Love Orange. Masih ada sehelai lagi, cepat ibu..!"


Zaman sekarang macam-macam ada. Nak bedungkan bayi pun cuma zipkan saja. Dah siap...!
Dua orang anak saya pun tak sempat nak cuba bedung berzip ni. Masa mereka bayi dulu, saya bedungkan cara biasa je. Balut-balut tu, tapi asyik terlerai je. Penyudahnya tak bedung. ;P

Dengan bedung berzip Gugu Swaddle Pod ni pun memang tak perlu risau bayi kepanasan. Materialnya cotton spandex yang sejuk dan memeri (stretchy) sangat sesuai dengan iklim Malaysia yang panas hampir setiap hari.

Bayi yang baru lahir hingga mencecah 7Kg boleh muat dibedung dengan Gugu Swaddle Pod. Pasti bayi tidur lebih lena, ibu-ibu khususnya yang masih berpantang tu juga dapat rehat lebih lama. Nak susukan anak juga lebih senang bila dibedung. Tangannya taklah "tercicir" ketika menyusukan.

Jangan tunggu lama-lama.. Cepat habis ni tau. Masukkan Gugu Swaddle Pod - Bedung bayi berzip dalam newborn checklist anda ya!

Lawati http://kedaimamaandkids.com untuk pembelian. Atau lawati facebook Kedai Mama And Kids untuk info terkini.

Untuk pengguna mobile, boleh ke link ini untuk pembelian http://kedaimamaandkids.ecwid.com.





Tuesday, 7 August 2012

Snowdrop - Tuala Wanita juga Kini Mesra Alam

Zaman sekarang ni semakin ramai yang berkesedaran untuk kembali menggunakan bahan mesra alam.
Aku je yang masih belum berkesedaran lagi! Bukan sahaja lampin bayi, penggunaan tuala wanita pun dah kembali macam zaman nenek kita dahulu, iaitu dari jenis kain, dan boleh diguna semula. 

Mengikut cerita arwah nenek aku, zaman dulu-dulu, mereka gunakan kain batik yang dipotong, dan dilipatkan tebal supaya boleh menampung pendarahan bulanan wanita. Ketika aku mendengar cerita dari nenek, aku masih di usia remaja, dan tak mampu nak bayangkan bagaimana jika aku juga akan gunakan kain  batik sebagai tuala wanita. Tak bocor ke? Mesti berlapis-lapis kain batik digunakan. Pasti jadi punggung itik pula! Kalau nipis, mesti banyak kali nak kena tukar. Mesti nak kena sental semahu-mahunya untuk hilangkan kesan. Kalau pergi sekolah, macamana pulak nak bawa balik segala kain yang kotor tu? Banyak sangat soalan yang tak terjawab. Pada aku ianya sangat mustahil. 


Zaman aku diajar segalanya "mudah". Pakai, lepas tu buang. Tak payah nak membasuh dan menjemur. (Membasuh di sini bermaksud gaya membasuh seperti basuh kain baju tu. Sudah tentu kita perlu membersihkan darah dari pad dahulu sebelum membuangnya. :D). Rupa bentuk tuala wanita yang aku kenali hanyalah yang berwarna putih seperti ini, 'seputih selembut' kapas:




Semalam aku tak sengaja terjumpa satu laman facebook menjual tuala wanita yang mesra alam, iaitu jenama Snowdrop. Percuma panty liner untuk percubaan pertama! Wah, peluang yang tidak mungkin untuk aku lepaskan. Percuma, siapa yang tak mahu?

Sekali pandang terus jatuh hati! Cantik sangat rekaan tuala wanita ni. Siapa sangka tuala wanita juga berwarna-warni? Dan rekaannya... Fuh, memang sehebat rekaan pad pakai-buang.
Soalan aku semua dah terjawab.

"- With an absorbent core made of organic material to absorb moisture 60% more than regular cotton. 
- Snowdrop Cloth Pad shape were designed to fit well without bunching up your panty, especially on the back for better coverage and comfort all day long."

Snowdrop Minky Maternity Pad,
khas untuk wanita dalam pantang

Snowdrop Minky Dry Flux Liner,
pantyliner untuk kesegaran sepanjang hari


Hah, kata-kata nenek segera menerjah ke fikiran aku semula! Kalau nenek masih hidup, pasti dia tersenyum. "Dulu Opah pakai pad kain batik, sekarang cucu pakai pad Snowdrop." :D


Dalam keterujaan membelek keunikan pad dan pantyliner Snowdrop, aku ternganga membaca artikel dari laman web Snowdrop tentang bagaimana sebenarnya pembuatan pad pakai-buang yang selama ini aku gunakan. Secara ringkasnya:

  • Tuala wanita pakai-buang sebenarnya BUKAN diperbuat dari kapas. Sebaliknya diperbuat dari kertas dan plastik yang dikitar semula. Bahan-bahan tersebut dilunturkan (bleach) supaya berwarna putih dan kelihatan seperti kapas sebenar.

Bahan-bahan kitar semula yang melalui poses pelunturan.
Artikel penuh klik sini.

  • Kebersihan yang boleh dipersoalkan kerana bahan tersebut juga tidak disteril. Ini mengakibatkan pengguna mengalami simptom seperti kegatalan, ruam, kejang (period cramps) dan jangkitan vagina.
  • Sejenis toksin iaitu DIOKSIN terhasil dalam produk yang dilunturkan itu. Apabila ia bertindakbalas dengan haid, dan masuk ke dalam tubuh, ia akan mengakibatkan penyakit seperti ovarian cyst, ketidaksuburan, fibroid dan mungkin juga kanser dalam suatu jangka masa tertentu.

Agak mengejutkan! Aku pula bukan pakar dalam pembuatan, material atau ahli kimia, tapi artikel itu sedikit sebanyak ada kelogikannya. Bahan yang diperbuat dari kilang secara mass production, berkemungkinan besar tidak 'berkemampuan' menggunakan bahan alam secara seratus peratus untuk memenuhi permintaan pasaran dan tentunya demi meraih keuntungan semaksima mungkin.

Apapun, aku dah menanamkan azam untuk menggunakan produk mesra alam dalam kehidupan seharian. Moga keazaman aku berhasil, insyaAllah. Mari berhijau! Go green! Atau boleh juga - Mari berwarna-warni, putih saja bosan! 












Thursday, 26 July 2012

Oh Telur!

Stok telur ayam adalah salah satu bahan wajib yang mesti ada dalam stok bahan mentah di dapur. Masak nasi goreng, mee hun sup, pancake dan telur bungkus (pastinya), mesti nak kena ada telur. Jika waktu kecemasan atau waktu kemalasan menebal, telur goreng menjadi pilihan yang pantas dan tuntas. 

Tapi, disebabkan stok telur yang dibeli selalunya 30 biji, kadang-kadang masih ada stok telur lama dalam peti sejuk. Label tarikh luput entah dah ke mana. Tarikh membeli telur itu pun saya tak ingat. Sudah pastinya saya akan ragu-ragu kesegaran telur stok lama itu.

Jadi solusi saya kebiasaanya, saya akan terus memasak menu yang ada telur dan gunakan telur stok lama tersebut untuk mengelakkan pembaziran. Walaupun hakikat tekak yang mungkin tak nak makan telur, kena perah otak dan google cari resepi yang bertemakan telur. 

Google punya google, saya terjumpa satu tips mudah bagaimana nak mengenalpasti kesegaran telur.





Sediakan semangkuk atau segelas air biasa (air paip saja pun boleh). Pastikan paras air sekurang-kurangnya dua kali lebih tinggi dari telur. Masukkan telur pilihan anda ke dalam mangkuk tadi. Jika telur itu tenggelam, ianya masih segar. Tapi jika ia terapung di permukaan air, ia dah tak segar lagi, dan mungkin dah jadi tembelang.



Ujian kesegaran telur. Sumber gambar.


Ok, mari kita siasat sifat telur dan mengapa ia akan terapung jika dah tak segar. Kulit telur mempunyai liang halus, di mana udara boleh menembusinya. Semakin lama usia telur, semakin banyak udara yang diisi ke dalam telur tersebut. Ini menjadikan telur cukup ringan untuk terapung. Jika diperhatikan, telur segar lebih berat berbanding telur yang lama.

Saya membuat ujian kesegaran telur pada stok telur saya, dan hasilnya...



Ya... Stok telur lama masih lagi segar! 

Tapi, walaupun tertanya kesegarannya, saya dah berfikir untuk menggunakannya dalam masakan berbuka nanti. Selamat menjadi juadah wahai telur yang menjadi bahan ujikaji hari ini..!









Monday, 21 May 2012

Aktiviti Riang dengan Play-Doh EZ2Do Crafts!

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan satu aktiviti mudah dan menarik, sesuai untuk anak yang berusia 3 tahun seperti Balqis, iaitu aktiviti kraf tanah liat @ Play-Doh.

** Dan sebenarnya saya pun tumpang sekaki bergumbira main Play-Doh. Bestnya gentel-gentel tanah liat warna warni..! Hehe.. ;p**

Kelebihan bermain tanah liat @ Play-Doh (melalui sumber-sumber dari internet), saya ringkaskan dalam perenggan berikut:

Aktiviti tanah liat ni merupakan salah satu aktiviti yang sangat bermanfaat untuk perkembangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan suka meneroka. Jika diberi segumpal tanah liat, si kecil akan memicit, menggentel atau mencucuk tanah liat untuk mengamati teksturnya yang lembut. Ini sekaligus dapat mempelajari bahawa setiap tekanan akan memberi impak yang berbeza. Membuat bentuk yang berbeza juga dapat menajamkan skil pemerhatian dan daya berfikir, selain menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan-mata.

Bunyinya hebat, bukan? Ya, saya pun teruja dan ingin lihat hasilnya pada anak saya. :D


Memandangkan ini aktiviti kraf-tanah-liatnya yang pertama, saya belikannya set EZ2Do Crafts - "Sand Art" Kit. Harga di sini.




Set ini terdiri daripada 8 kompaun Play-Doh berlainan warna; "bunga" dan "pasu" beserta penutup di belakangnya. Berikut adalah aksi hebat Balqis ya, Tuan-tuan dan Puan-puan... :D




Inilah rupa "bunga", "pasu" dan kompaun Play-doh berwarna-warni sejurus sahaja dibuka dari packaging.  Dalam iklan, warna penutup pasu dan bunga tu berbeza dari barang sebenar. Tapi tak apa - hal kecil saja. *Balqis dah melompat tak sabar nak main. Aku masih terkial-kial cari butang klik pada kamera...




Aktiviti memenyekkan Play-Doh pun bermula. Sudah tentu BUNGA dan kompaun MERAH JAMBU yang menjadi pilihan pertama si gadis kecil. Buka penutup di bahagian belakang dan sumbatkan tanah liat mengikut ruangan kelopak bunga. 




Bunga yang sudah siap dipenuhi Play-Doh ditutupkan dengan kemas dan ketat.



Lenyekkan pula Play-Doh ke dalam pasu. Seperti bunga juga, buka dahulu penutupnya ya... Pasu ini lebih mencabar sebab lebih besar saiznya (dan juga Adik Umar asyik datang 'membantu'! Oh, tidak..!)



"Penyekkan... Penyekkan... Penyek...!" bak kata Balqis. Dengan teknik penyekan, pasu "Sand Art" diisikan dengan Play-Doh sehingga penuh mengikut warna kegemaran Balqis.




Akhirnya kraf tanah liat Balqis siap jam 11 malam! Fuh...



Balqis kata nak hadiahkan Bunga "Sand Art" ni pada Ayah yang dah tidur dengan Umar pada ketika itu. Esoknya, bila Ayah nak pergi kerja, saya ingatkan Balqis tentang bunga itu.

Tapi jawapan Balqis, "Ayah lelaki. Dia tak suka bunga...." sambil dia sibuk membelek bunga itu sendirian. :)





Thursday, 17 May 2012

Kini Kembali dengan Secebis Kedai!

Assalamualaikum semua.

Dah lama sangat saya tak menulis cerita terbaru di sini.

Sejak menjebakkan diri dalam bisnes online ni, jadual harian agak kelam kabut juga. Mana yang sempat saja dibuat. Hehe.

Sudi-sudilah menjengah kedai maya saya - Kedai Mama And Kids di sini.


Sesiapa nak walk in pun boleh. Ada sebahagian stok saya simpan sendiri jika ada pelanggan yang berminat untuk walk in. Tapi kenalah beritahu dulu sebelum datang. Lokasi saya di Sri Rampai, KL.

Antara produk yang terhangat adalah bedung bayi moden dengan inovasi terkini - Gugu Swaddle Pod!
Mudah sangat nak bedung bayi zaman sekarang ni. Cuma zip sahaja, dan tak perlu balut banyak kali. Materialnya elastik dan yang pentingnya tak panas. Harga pun mampu milik, cuma RM35 sehelai.

Macam-macam lagi ada. Permainan, buku dan keperluan berpantang. Boleh lawati Kedai Mama And Kids untuk lihat katalog penuh.

Sehingga berjumpa lagi di lain masa.