Thursday, 19 July 2018

Pengalaman Bersalin di Rampai Puteri Medical Centre (Part 1)

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


AlhamduliLLAH, sudah empat bulan usia anak kelima saya. ALLAH mengizinkan saya selamat melahirkan srikandi kecil saya ini di Rampai Puteri Medical Centre pada 26 Februari 2018 yang lalu.



Rampai Puteri Medical Centre, Sri Rampai Kuala Lumpur.
(Gambar: steemit.com)

Doktor gynae pilihan kami suami isteri pada kali ini adalah Dr. Zana Zalinda. Antara sebab musabab pilihan kami untuk bersalin dengan beliau adalah:

  • Review dari ibu-ibu yang bersalin dengan beliau yang saya baca mengatakan Dr Zana Zalinda memberi kerjasama baik berbincang pelan kelahiran (birth plan) dengan ibu.
  • Dr Zana Zalinda juga menyokong ibu yang ingin bersalin dengan posisi pilihan mengikut keselesaan ibu, dan juga yang ingin melahirkan secara natural dengan tanpa/minumum ubatan (mengikut tahap kesihatan ibu)

Jalan cerita kisah melahirkan anak kelima saya lebih kurang begini:


Ahad, 25 Februari 2018


Petang

Hamil kali ini berbeza cabarannya.
Sakit celah peha-bawah perut berminggu-minggu saya alami. Ada masa yang saya rasa hampir hilang semangat kerana kesakitan ini.


Hari ini sakitnya entah kenapa berganda sampai tak larat nak mengubah posisi dari duduk ke bangun, mahupun berjalan.
Ikutkan perasaan memang nak baring saja sepanjang hari. Tapi mengenangkan nasihat dari Dr Zana Zalinda, Cikgu Hanz (kelas Amani bertahun dulu), Cikgu Ayuni dan banyak lagi sumber bahan bacaan lain yang mengingatkan supaya BERSENAM & kekal aktif serta amalkan pemakanan sihat sepanjang hamil, maka saya gagahi juga untuk membawa anak-anak ke taman permainan pada waktu petang.

Emak saya yang sudah dua minggu duduk di rumah saya menanti kelahiran cucunya juga ikut meneman kami ke taman permainan. Rasa seksa benar untuk berjalan kaki ke taman walaupun jarak dari rumah dekat sahaja. Perlahan sungguh saya berjalan petang itu, tak macam biasa.

Sebelah Malam


Sekitar 9.30 malam, saya menunaikan solat Isyak dengan menangis sebab sangat tak tertahan rasa sakit di celah peha. Saya terpaksa solat duduk di atas kerusi kali ini.  Selepas solat, berkali-kali saya panggil suami untuk tolong tuamkan di kawasan yang sakit (dengan harapan sakit akan berkurang), namun beliau sibuk uruskan anak-anak lain untuk masuk tidur malam itu. Saya tertidur menahan sakit.

Dalam sekitar jam 10.00 malam, Razzi (2 tahun lebih, anak no. 4) mengejut saya minta dibacakan buku cerita. Dalam keadaan mamai saya bacakan buku untuknya, dan kemudian dia berbaring sebelah saya bersedia untuk tidur.

Jam 10.20 malam


Saya bingkas bangun sebab tiba-tiba saya terasa sesuatu meletus di bawah. Saya fikirkan saya terkentut, namun sejurus selepas itu air mengalir. Adakah saya terkencing tanpa sedar?

Saya terjerit pada suami, "Abang, air! Air kat bawah ni!"

Razzi yang berbaring, terus kejutkan suami saya yang sudah lena. "Ayah! Mak nak air!" Dia tersilap faham. ;)

Saya ke tandas untuk memeriksa air yang keluar. Jernih, tak ada bau hancing. Sah air ketuban saya dah pecah! Waktu ini belum ada rasa ombak kontraksi lagi.

Saya segera hantar whatsapp kepada Dr Zana Zalin
da memberitahu keadaan saya.





Suami pula turun ke tingkat bawah memberitahu keadaan saya pada Mak dan Abah. 
Abah kemudiannya tergesa-gesa naik ke tingkat atas untuk memeriksa keadaan saya. Nampak beliau sedikit nervous apabila tahu saya akan bersalin bila-bila masa dari sekarang.


Sihat semasa tempoh hamil dan berpantang dengan produk Tanamera! KLIK SINI.


Sekitar jam 11 malam

Ombak kontraksi yang bermula perlahan makin nyata dan kerap. Air ketuban sekejap-sekejap keluar.

Setelah menyalin pakaian dan memakai pad, saya bergelek di atas gymball sambil menghirup air teh daun raspberry sewaktu menunggu suami menidurkan Razzi. Mak dan Abah nampak gelisah kenapa kami masih belum bergerak ke hospital.


Setelah suami siap menidurkan Razzi, dan memasukkan beg ke dalam kereta, kami bertolak. Suami berhenti sebentar mengisi minyak di Stesen Petronas. Waktu ini ombak kontraksi makin kuat. Sendirian di dalam kereta, saya cuba fokus dengan menarik nafas dan vocalise menyebut "ALLAAAAH".

Ketika ini baru tersedar cermin mata tertinggal! Terpaksa kami berpatah balik ke rumah, dan kontraksi semakin kerap.


Isnin, 26 Februari 2018

Lebih kurang jam 12 malam 

Malam semakin larut, ombak kontraksi semakin kuat. Setengah jam perjalanan dari Bangi ke KL, terasa kenapakah tak sampai-sampai lagi walaupun jalan lengang. Lidah berzikir apa sahaja yang terlintas di fikiran memohon ALLAH ringankan rasa kontraksi yang berganda sebab pundi kencing penuh dengan air teh daun raspberry tadi.

Tiba sahaja di pintu kecemasan Rampai Puteri Medical Centre, seorang jaga bantu membukakan pintu untuk kami. Saya berjalan tertunduk-tunduk dan tangan menopang perut yang sarat, terasa sakit benar di pelipat perut-peha.

Di zon kecemasan itu, seorang jururawat bertugas ingin memeriksa keadaan saya. Saya minta izin ke tandas dahulu untuk mengosongkan pundi kencing dan memudahkannya memeriksa.

Bukaan 2cm katanya.

AstaghfiruLLAH, macam tak percaya begitu sakitnya baru 2cm bukaan. Anak-anak sebelum ini lazimnya dah 4cm jika ombaknya sudah sebegini. 

Adakah kerana air ketuban yang sudah pecah menyebabkan rasa kontraksi kuat? Langsung teringat waktu nak lahirkan anak sulung dahulu... Tapi ketika itu air ketuban dipecahkan oleh doktor. Dan ya.. Sepanjang labor aku mengerang-ngerang sampaikan doktor bertugas salahkan air selusuh yang aku minum. 
CTG dipasang selama 20 minit untuk merekod ombak kontraksi. Terasa lamanya dan menyampah sekali apabila terpaksa berbaring di saat ombak kontraksi memuncak.

Suami sedang di kaunter pendaftaran menguruskan kemasukan ke wad. Suami muncul dari sebalik tabir setelah beberapa ketika.

"Sayang, nurse kata sayang kena masuk wad dulu. Kalau ambil katil 6 bedded (sharing room), abang kena tunggu kat luar ni sampailah sayang masuk labor room nanti."
Pakej terbaru seperti dalam website rampaiputeri.com.
Semasa kejadian kelahiran anak, harga pakej adalah lebih murah. Dah naik harga da..!


Tiba-tiba rasa sedih, takut dan tak yakin pula nak harungi seorang diri. Memang mengganggu konsentrasi melayan ombak kontraksi.

"Abang teman kita, boleh?"

"Okay, takpalah.. Kita ambil single room."

Terima kasih ALLAH. Terima kasih Abang. Semangat yang sedikit memudar, kembali semula.

(Bersambung)




2 comments:

  1. Bestnya ,,sy plan nak ngan dr zana gak pasni . Bleh ke dapatkan no dr zana

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Saya nak check up esok tapi staff nurse dah tetapkan appointment sy dgn Dr. Zunita

    Ok tyak Doktor Zunita tu?... blh bg say review ...

    ReplyDelete