Tuesday, 7 August 2012

Snowdrop - Tuala Wanita juga Kini Mesra Alam

Zaman sekarang ni semakin ramai yang berkesedaran untuk kembali menggunakan bahan mesra alam.
Aku je yang masih belum berkesedaran lagi! Bukan sahaja lampin bayi, penggunaan tuala wanita pun dah kembali macam zaman nenek kita dahulu, iaitu dari jenis kain, dan boleh diguna semula. 

Mengikut cerita arwah nenek aku, zaman dulu-dulu, mereka gunakan kain batik yang dipotong, dan dilipatkan tebal supaya boleh menampung pendarahan bulanan wanita. Ketika aku mendengar cerita dari nenek, aku masih di usia remaja, dan tak mampu nak bayangkan bagaimana jika aku juga akan gunakan kain  batik sebagai tuala wanita. Tak bocor ke? Mesti berlapis-lapis kain batik digunakan. Pasti jadi punggung itik pula! Kalau nipis, mesti banyak kali nak kena tukar. Mesti nak kena sental semahu-mahunya untuk hilangkan kesan. Kalau pergi sekolah, macamana pulak nak bawa balik segala kain yang kotor tu? Banyak sangat soalan yang tak terjawab. Pada aku ianya sangat mustahil. 


Zaman aku diajar segalanya "mudah". Pakai, lepas tu buang. Tak payah nak membasuh dan menjemur. (Membasuh di sini bermaksud gaya membasuh seperti basuh kain baju tu. Sudah tentu kita perlu membersihkan darah dari pad dahulu sebelum membuangnya. :D). Rupa bentuk tuala wanita yang aku kenali hanyalah yang berwarna putih seperti ini, 'seputih selembut' kapas:




Semalam aku tak sengaja terjumpa satu laman facebook menjual tuala wanita yang mesra alam, iaitu jenama Snowdrop. Percuma panty liner untuk percubaan pertama! Wah, peluang yang tidak mungkin untuk aku lepaskan. Percuma, siapa yang tak mahu?

Sekali pandang terus jatuh hati! Cantik sangat rekaan tuala wanita ni. Siapa sangka tuala wanita juga berwarna-warni? Dan rekaannya... Fuh, memang sehebat rekaan pad pakai-buang.
Soalan aku semua dah terjawab.

"- With an absorbent core made of organic material to absorb moisture 60% more than regular cotton. 
- Snowdrop Cloth Pad shape were designed to fit well without bunching up your panty, especially on the back for better coverage and comfort all day long."

Snowdrop Minky Maternity Pad,
khas untuk wanita dalam pantang

Snowdrop Minky Dry Flux Liner,
pantyliner untuk kesegaran sepanjang hari


Hah, kata-kata nenek segera menerjah ke fikiran aku semula! Kalau nenek masih hidup, pasti dia tersenyum. "Dulu Opah pakai pad kain batik, sekarang cucu pakai pad Snowdrop." :D


Dalam keterujaan membelek keunikan pad dan pantyliner Snowdrop, aku ternganga membaca artikel dari laman web Snowdrop tentang bagaimana sebenarnya pembuatan pad pakai-buang yang selama ini aku gunakan. Secara ringkasnya:

  • Tuala wanita pakai-buang sebenarnya BUKAN diperbuat dari kapas. Sebaliknya diperbuat dari kertas dan plastik yang dikitar semula. Bahan-bahan tersebut dilunturkan (bleach) supaya berwarna putih dan kelihatan seperti kapas sebenar.

Bahan-bahan kitar semula yang melalui poses pelunturan.
Artikel penuh klik sini.

  • Kebersihan yang boleh dipersoalkan kerana bahan tersebut juga tidak disteril. Ini mengakibatkan pengguna mengalami simptom seperti kegatalan, ruam, kejang (period cramps) dan jangkitan vagina.
  • Sejenis toksin iaitu DIOKSIN terhasil dalam produk yang dilunturkan itu. Apabila ia bertindakbalas dengan haid, dan masuk ke dalam tubuh, ia akan mengakibatkan penyakit seperti ovarian cyst, ketidaksuburan, fibroid dan mungkin juga kanser dalam suatu jangka masa tertentu.

Agak mengejutkan! Aku pula bukan pakar dalam pembuatan, material atau ahli kimia, tapi artikel itu sedikit sebanyak ada kelogikannya. Bahan yang diperbuat dari kilang secara mass production, berkemungkinan besar tidak 'berkemampuan' menggunakan bahan alam secara seratus peratus untuk memenuhi permintaan pasaran dan tentunya demi meraih keuntungan semaksima mungkin.

Apapun, aku dah menanamkan azam untuk menggunakan produk mesra alam dalam kehidupan seharian. Moga keazaman aku berhasil, insyaAllah. Mari berhijau! Go green! Atau boleh juga - Mari berwarna-warni, putih saja bosan! 












No comments:

Post a Comment