Friday, 8 April 2011

Mimpi yang Kuimpi

Malam tadi aku bermimpi kembali ke zaman U. Jarang sekali aku dapat 'kembali' ke zaman U. Kalaupun bermimpi, biasanya latar masa dan tempatnya adalah zaman sekolah. Dan kelaziman mimpi aku adalah bersama rakan-rakan, dan BUKAN bersama si dia (suamiku). Setiap kali aku bangkit dari tidur, aku sangat berharap si dia yg hadir di celah-celah 'pelakon' dalam tiap mimpi. Kalaulah mimpi boleh dicipta sendiri, aku mau si dia ada sentiasa, jadi pelakon tempelan pun tak apa sebab si dia selalu buat hatiku tenang dan bersemangat tiap hari.

Pentingkah mimpi? Aku tak pasti untuk orang lain, tapi bagi aku, mimpi boleh membina mood aku setiap pagi. Kalau baiklah mimpi itu, maka aku akan jadi ceria dan bersemangat. Kalau mimpi buruk, aku akan sedikit serabut memulakan hari.

Pastinya, tidak kiralah mimpi baik atau buruk, aku pasti akan mencari si dia sebaik aku bangkit dari 'alam lain', memeluknya erat dan bercerita kisah yang baru saja aku 'alami' tadi. Biasanya respons si dia tak berapa mendengar sebab masih mengantuk lagi. Tapi aku tak kisah, asalkan si dia yg menjadi pendengar PERTAMA apa-apa saja luahan cerita dariku.

Pagi ini aku terasa sedikit jiwang kerana padaku mimpi kali ini istimewa. Mimpinya ringkas sahaja, aku dan si dia berada di stesen minyak sebagai pit stop terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke kampung masing-masing yg berlainan arah. Sementara aku mengisi minyak, si dia pergi ke kedai membeli sedikit barang. Namun kenderaan milikku rosak, dan aku sedang menanti si dia kembali untuk membantuku.

Mimpi yg ringkas, namun aku sangat-sangat tersentuh apabila terjaga.

Kerana SI DIA yg hadir. Sudah lama aku inginkan si dia yg menyeri mimpi2, dan bukannya orang lain.

Kerana teringat kenangan di zaman bercinta dahulu. Tiap kali cuti semester bermula, kami akan bertolak dari UTM Skudai menuju ke kampung bersama-sama. Aku dengan keretaku, si dia dengan motornya. Dan stesen minyak di Hentian Tol Machap akan menjadi pit stop terakhir kami, melambai beria-ia sepertinya mahu berpisah lama, dan aku masuk ke simpang tol Ayer Hitam dan si dia meneruskan perjalanan yg masih berbaki lebih 100km lagi...

Dan juga, aku teringat sebuah lagu yg si dia tujukan khas buatku. Masa di U dulu, aku penggemar lagu2 dari seberang. Si dia tahu itu, jadi si dia tujukan lagu ini khas buatku. (Aku pun tak sedar kewujudan lagu ini kalau tidak si dia yang berikan mp3nya...)


PERASAANKU TENTANG PERASAANKU KEPADAMU - DEWA 19

Hai cinta dengarkanlah
Aku ingin bicara
Tentang aku dan kamu
Tentang cintaku padamu

Aku memang laki laki
Yang pernah mencintai
Seribu wanita dan misterinya
Tapi sekarang begitu berbeda
Bersamamu aku merasakan cinta yang lain

Bersamamu kurasakan cinta
Bersamamu kumerasa rindu
Bersamamu kubisa jatuh hati
Bersamamu kurasakan sesuatu
Yang tak pernah kurasakan
sebelumnya

Ini hanya teriakan perasaanku
Tentang perasaan ku kepada dirimu
Yang semakin hari semakin menjadi jadi
Hatiku sudah memilih kamu menjadi

Separuh nafasku dan separuh jiwaku

Kamu menjadi bagian hidupku



Terima kasih TUHAN utk mimpi yg indah. Aku rindukan si dia setiap masa. Dan bila si dia yg hadir sebagai peneman dalam mimpi, aku terasa lebih bahagia...

Thursday, 31 March 2011

Mengandung Lagi...!

Dah lama aku tak pos cerita di blog ni. Macam dah terabai pulak. Oleh krn masters pun dah selesai, banyak sikit masa utk berkongsi cerita di sini.

Ketika ini, aku sedang mengandung 6 bulan, anak kedua. Yang terbaru aku buat pemeriksaan kesihatan minggu lalu, dan buat kesekian kalinya Dr Kamariah beritahu padaku yg aku bakal dapat anak lelaki. Seawal pemeriksaan bulan keempat, anak dalam kandunganku tanpa segan-silu mempamerkan ke'lelaki'annya di skrin ultrasound. Kali ini, suamiku tak berkesempatan nak teman aku ke klinik. Dr Kay beri aku salinan gambar ultrasound kandungan. Yang menggelikan hati, Dr Kay fokuskan gambar di kawasan ke'lelaki'an itu sahaja. Katanya, tunjuk gambar ni pada suami. Nasib baik hanya ultrasound 2D, gambar pun tak berapa nak jelas kalau yg melihat tu tak faham. Kalau gambar 3D, tak fasal2 dikatakan gambar porno pulak!

Bila diingat kembali di awal trimester, macam2lah perkara yg 'menjengkelkan' aku, padahal kalau tak mengandung, semua itu biasa2 saja. Pertama sekali, bab bau-bauan. Tiba-tiba saja hidung aku jadi sensitif pada bau. Kedua-dua kali hamil, aku tak suka bau mulut suami. Pada aku, baunya bukannya busuk, tapi tajam. Bila tidur di sebelah, terpaksalah dia (atau aku) palingkan muka ke arah lain.

Kalau memasak/makan juga jadi masalah, sbb aku tak boleh bau bawang ditumis. Tak semena2 mual. Jadi terpaksalah suami berbelanja lebih membeli lauk dah siap sbb aku tak larat memasak sbb bau bawang.

Bau yang wangi2 pun aku tak selesa. Bau syampu rambut dan bau sabun badan buatkan aku terasa tersengat di hidung. Bau yg busuk2 lagilah. Bau tandas, bau asap lori, bau sampah, dan bau lampin Balqis pun boleh rosakkan mood. Semuanya serba busuk. Suami yg penyabar pun boleh naik darah juga bila tiap2 kali aku komplen serba tak kena.

Kalau cakap pasal mengidam, masa awal2 mengandung tu biasalah terasa nak masam2 sbb lidah dirundung dgn rasa pahit memanjang. Buah2an, terutama jambu batu, jambu air dan mangga memang jadi kunyahan sbb tak selesa dgn lidah pahit. Pakcik gerai buah pun sampai dah boleh cam muka kami sebab selalu sgt beli buah.

Beberapa bulan lepas mengidam nak makan laksa Johor walaupun hakikatnya aku bukan peminat laksa Johor pun. Bila tgk Jalan2 Cari Makan buat promo di Restoran Mimpi Muor di Damansara, buatkan aku terliur sgt2.



Restoran Mimpi Muor terletak di Mutiara Damansara. Asam pedas ikan jenahaknya 'suuuuuedap'(bermaksud sgt sedap slang Jawa). Sumber gambar



Setelah lama hajat tersimpan, akhirnya aku sampai jugak ke restoran itu bulan lepas sempena bawa mertua cari makan tengahari ketika mereka datang KL melawat kami. Punyalah ramai orang kat situ, hujung minggulah katakan. Laksa Johor yg kami oder tiba2 saja 'sold out'. Aku buat muka tebal merayu minta tolong supaya adakan juga semangkuk laksa utk org mengidam ni. Nasib baik sipi2 berpihak pd aku dan anak dalam rahim ni. Dapat jugak makan laksa walaupun banyak taugeh drp meenya. :P

Masa awal kehamilan, Balqis masih lagi menyusu badan. Di lain posting, aku akan kongsikan kisah bagaimana aku ceraikan susu di kala bergelumang dgn konflik awal trimester.