Monday, 16 February 2009

Apam Balik

Sudah pukul 4.30. Dalam sejam lagi si dia pulang dari kerja. Mau buat apa ye untuk si dia tersayang?

Minum petang - apam balik panas. Sedap juga tu!

RESEPI APAM BALIK

Bahan-bahan:

Tepung gandum (2 cawan)
Soda bikarbonat (1/2 sudu kecil)
Gula (1/2 cawan)
Telur (1 biji)
Air (1 1/2 cawan)
Baking powder (1/2 sudu kecil)
Pewarna kuning (1/2 sudu)

Bahan untuk ditabur:

Kacang goreng (ditumbuk)
Jagung dalam tin
Gula halus

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan gula (boleh guna blender)
2. Masukkan air, baking powder, dan pewarna. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung (yang dah dicampur soda) sedikit2, pukul bahan2 sehingga rata (tak
berketul).
4. Panaskan frying pan, dengan disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu senduk bahan2
adunan tadi.
5. Taburkan bahan2 taburan di atasnya.
6. Setelah kulit apam balik berwarna keperangan, silalah angkat dan dilipat dua.


Yum! Sedap dan mudah kan...? tak payah tunggu pasar malam nak makan apam balik. :)

No comments:

Post a comment